ASL Development Group (M) Sdn Bhd sedang mengembangkan organisasi mencari calon yang berminat untuk bekerja dan memenuhi syarat untuk kedudukan di bawah. Dalam kumpulan anak-anak syarikat, ASL berada dalam industri pendidikan awal kanak-kanak, latihan korporat, peruncitan, percetakan dan lain-lain.
SKOP KERJA :
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan am seperti membaikpulih kerosakan bangunan seperti pintu, tombol, membaiki paip, mengecat, menyimen dan lain-lain pada ruang pejabat dan sekolah.
- Melaksanakan perkhidmatan dan penyelenggaraan penghawa dingin.
- Memantau kerja untuk memastikan kualiti dan pematuhan piawaian kerja kontaktor penghawa dingin.
- Memeriksa fungsi dan status penyaman udara serta membuat rekod.
- Membawa kenderaan syarikat seperti kereta dan van ke cawangan-cawangan apabila diperlukan.
- Membantu dalam hal-hal lain yang diperlukan oleh jabatan.
KELAYAKAN :
- Sekurang-kurangnya memiliki pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang yang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran dalam bidang penghawa dingin.
- Mempunyai lesen kenderaan yang masih hidup.
- Lokasi Pejabat di Shah Alam dan Penang. Perlu ke cawangan-cawangan sekitar Lembah Klang atau cawangan lain di Penang apabila diperlukan.
- Waktu kerja : Isnin-Jumaat (8.30am – 6.00pm) dan Sabtu (9am – 1pm)
- Berdisiplin dan menepati masa.
- Seorang muslim yang amanah dan bertanggungjawab.
FAEDAH :
- Bonus syarikat.
- Insurans perubatan.
- Tuntutan perjalanan.
- Latihan staf.
- KWSP, PERKESO, EIS.
- Cuti tahunan, cuti ganti, cuti khas.
- Pinjaman syarikat.
- Aktiviti syarikat yang kerap (Makan Malam Tahunan, Barbeque, Makan Malam Keluarga, Joging, Pertandingan Sukan, dll)
- Aktiviti melancong syarikat.
- Lain-lain manfaat syarikat.
Job Types: Full-time, Contract
Salary: RM1,500.00 to RM2,500.00 /month