Majlis yang bertemakan ‘Malam Kebaya’ telah diadakan bagi meraikan Majlis AGM yang berlangsung di Hotel Adamson, Kuala Lumpur turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Usahanita Wilayah Persekutuan dengan WOM.my. MoU ini juga ditandatangani antara Usahanita Wilayah Persekutuan dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad dan Seri Desa Town. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah diadakan pada 17 Mei, 2014 bertempat di Hotel Flamingo, Ampang.
YB Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa telah menyempurnakan Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia, Wilayah Persekutuan.
Perjanjian persefahaman antara Usahanita Wilayah Persekutuan dan WOM.my adalah merupakan yang pertama kali ditandatangani. Menerusi jaringan kerjasama ini sebagai rakan media, pihak WOM.my bersedia menyediakan platform secara online untuk ahli-ahli usahanita memasarkan produk-produk mereka.
WOM.my sentiasa membuka ruang dan terpulanglah kepada semua usahanita untuk memanfaatkan peluang tersebut. Untuk pengetahuan, WOM.my merupakan satu projek yang dikelola oleh ASL Development Group (M) Sdn Bhd.
Selain itu, perjanjian persefahaman antara Usahanita Wilayah Persekutuan dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad dan Seri Desa Town, merangkumi aktiviti untuk menjayakan ‘Jumble Sale’, bertempat di Batu 5, Gombak, bermula 28 Mei hingga 1 Jun 2014 dan Bazar Ramadan serta Karnival Aidilfitri 2014, bermula 20 Jun hingga 27 Julai 2014.
Roslan Shah, pelakon dan pengacara telah menghoskan Majlis Makan Malam ini. Majlis ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada usahanita-usahanita daripada enam daerah iaitu Wilayah Persekutuan, Kepong, Cheras, Putrajaya, Ampang dan Setapak. Selain cabutan bertuah, bekas Juara One In A Millon(OIAM), penyanyi Ayu Damit turut membuat persembahan nyanyian.